Ahad, 12 April 2009

PENGALAMANKU DI `COLLOSEUM MODEN`

Salam sume..
semalam aq pergi menyaksikan satu perlawanan bola sepak antara pasukan negeri kedah menentang pasukan negeri terengganu di stadium paling baru di malaysia. hehehe. perlawanan berkesudahan dengan pasukan kedah menewaskan terengganu 2 gol berbalas 0. dalam menyaksikan perlawanan semalam, aq mengambil keputusan untuk berada di kelompok penyokong pasukan kedah yang rancak dengan paluan gendangnya. memang diakui, paluan gendang penyokong pasukan kedah semalam menggamatkan suasana stadium tuan rumah. apa yang menghairankan aq, tiada pula kedengaran paluan kompang atau gendang atau dikir daripada kalangan penyokong tuan rumah. jadi, suasana stadium semalam seolah-olah tidak memberi kelebihan kepada pasukan tuan rumah. setelah pasukan tuan rumah ketinggalan 1 gol, aq lihat para penyokong tuan rumah lebih mengkritik para pemain berbanding menyokong pasukan negeri mereka. aq secara peribadinya tidak bersetuju dengan tindakan mereka ini. penonton bola sepak yang datang ke stadium harus bertindak sebagai penyokong pasukan, bukannya pengkritik kepada pasukan negeri mereka sendiri.

menyokong bukan mengkritik.

Tiada ulasan: