Ahad, 19 April 2009

ARSENAL 1 - 2 CHELSEA



Salam sume.
Sedih aq arini kerna team faveret aq tersingkir seterusnya gagal ke final FA Cup 2009. Perlawanan semalam merupakan perlawanan pertama Arsenal di Wembley sejak 2005 - tahun terakhir Arsenal menjulang piala kejuaraan. Juga, semalam merupakan kali pertama Arsenal layak ke separuh akhir setelah kali terakhir pada 2005.
Mungkin kerana sudah lama tidak bermain di Wembley, aksi semalam merupakan aksi yang kurang mantap ditunjukkan oleh Arsenal. Arsene Wenger mengubah beberapa pemain daripada skuad yang menundukkan Villarreal tempoh hari dengan merehatkan Alex Song dan menggantikannya dengan Abou Diaby selain Denilson turut disenaraikan sebagai kesebelasan utama. Kemasukan Abou Diaby dilihat sebagai untuk menandingi kemantapan fizikal midfield Chelsea yang terdiri daripada Lampard, Ballack dan Essien. Selain itu, Arsene dilihat menggunakan strategi 3 striker dengan meletakkan Van Persie, Walcott dan Adebayor. Namun, strategi tersebut dilihat kurang berjaya menandingi kemantapan benteng pertahanan tengah Chelsea selain hantaran-hantaran Fabregas yang sering tersekat di kaki pemain-pemain Chelsea.
Diharap, kemenangan ke atas Liverpool Selasa ini dapat memulihkan kembali keyakinan skuad untuk terus berjuang merapatkan diri semampu mungkin dengan pendahulu liga. Fokus juga diperlukan untuk menandingi Manchester United di semifinal UEFA Champions League 29 April nanti.

Olla The Gunners!

Tiada ulasan: