Sabtu, 11 April 2009

MY NEW BOS!

Salam sume.
tepat jam 3 petang pada 9 april 2009 bersamaan jumaat lepas, aq telah menerima seorang bos baru. bos baru yang aq maksudkan itu ialah menteri pelajaran yang baru dilantik - tan sri muhyiddin yassin. pemilihan orang nombor dua negara oleh yab datuk najib memperlihatkan kesungguhan kerajaan baru pimpinan datuk najib dalam meneruskan legasi modal insan yang mula dirintiskan oleh tun abdullah badawi. sebagai warga pendidikan, aq mengalu-alukan kehadiran tan sri dalam dunia pendidikan negara. aq berharap arus pendidikan negara akan terus berkesinambungan dalam menongkah arus global dunia dalam usaha negara untuk melahirkan anak bangsa malaysia yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Tiada ulasan: