Rabu, 22 April 2009

HUHUHU...


Salam sume.
Petang tadi setelah aq bangun dari tidur, aq rase pelik dan tak selesa. Setelah meraba seluruh badan, aq mendapati mata kanan aq kemerah-merahan. Aq terkejut. Dalam fikiranku, aq mungkin sudah terkena jangkitan sakit mata. Aq mula risau kerana sakit mata ni bagi aq sakit yang melecehkan dan merimaskan.
Dan tadi, seperti yang dijangka, doktor telah sahkan yang aq memang sakit mata. huhuhuhu. Dengan pengesahan doktor itu, aku mengambil keputusan untuk menguarantinkan diriku dari orang awam bagi mengelakkan jangkitan ini terus merebak ke seluruh dunia. hehehe
Walaupun doktor kata yang jangkitan mata aq ini masih peringkat awal dan tidak perlu MC, aq rasa tindakan menguarantinkan diriku perlu. Doktor juga telah mengarahkan aq makan ubat disamping menitiskan ubat mata ke dalam mata kananku ini. Aq berharap agar sakit ini akan sembuh.
Doakan aq kawan-kawan!

Tiada ulasan: