Sabtu, 23 Oktober 2010

MEMANG NAK JADI CERITA vol. 6


24 OKTOBER 2010

PEPERIKSAAN PENGADILAN FAM KELAS II TAHUN 2010

GANBATTEYO!!!!!...:)

Isnin, 18 Oktober 2010

PANORAMA ANGKASA LEPAS vol 18.10

See Explanation.  Clicking on the picture will download  the highest resolution version available.

Vista with NGC 2170
Credit & Copyright: ESO/J. Emerson/VISTA; Acknowledgment: Cambridge Astronomical Survey Unit

Explanation: Drifting through the one-horned constellation Monoceros, these dusty streamers and new born stars are part of the active Monoceros R2 star-forming region, embedded in a giant molecular cloud. The cosmic scene was recorded by the VISTA survey telescope in near-infrared light. Visible light images show dusty NGC 2170, seen here just right of center, as a complex of bluish reflection nebulae. But this penetrating near-infrared view reveals telltale signs of ongoing star formation and massive young stars otherwise hidden by the dust. Energetic winds and radiation from the hot young stars reshape the natal interstellar clouds. Close on the sky to the star-forming Orion Nebula, the Monoceros R2 region is almost twice as far away, about 2700 light-years distant. At that distance, this vista spans about 80 light-years.

CREDIT TO http://apod.nasa.gov/apod/ap101015.html

Sabtu, 9 Oktober 2010

MEMANG NAK JADI CERITA vol. 5

Salam.

Aku telah terbaca sebuah kisah yang sangat menyentuh hati kecilku ini. Mari kita sama-sama menghayati kisah ini...:)

Bila Cinta...by Riduan Isa on Friday, October 8, 2010 at 5:29pm

Suami saya adalah serorang jurutera, saya mencintai sifatnya yang semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul dihati saya ketika bersandar dibahunya.3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan, saya harus akui, bahawa saya mulai merasa letih…lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan.

Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus. Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya. Tetapi, semua itu tidak pernah saya perolehi. Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan. Rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal. Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya, bahawa saya inginkan penceraian. ”Mengapa?” Dia bertanya dengan nada terkejut. “Siti letih, Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan.” Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak. Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya? Dan akhirnya dia bertanya. “Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Siti?” Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan. “Siti ada SATU soalan, kalau Abang temui jawapannya di dalam hati Siti, Siti akan mengubah fikiran Siti; Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga cantik yang ada di tebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang memanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah yang Abang akan lakukan untuk Siti?” Dia termenung dan akhirnya berkata, “Abang akan memberikan jawapannya esok.”

Hati saya terus gundah mendengar responnya itu. Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menenui selembar kertas dengan coretan tangannya di bawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang bertuliskan. ..

‘Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan alasannya.” Kalimah pertama itu menghancurkan hati saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya. “Siti boleh mengetik di komputer dan selalu mengusik program di dalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor, Abang harus memberikan jari-jari Abang supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki program tersebut.”

“Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar, dan Abang harus memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu, dan membuka pintu untuk Siti ketika pulang.” “Siti suka jalan-jalan di shopping Kompleks tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Siti kunjungi, Abang harus mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain mencarimu dan membawa Siti pulang ke rumah.” “Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu ‘teman baik’ Siti datang setiap bulan, dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki Siti yang sengal itu.” “Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Siti akan menjadi ‘pelik’. Dan Abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti di rumah atau meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal-hal kelakar yang Abang alami.”

“Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk kesihatan mata Siti, Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti, abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu. “ “Tangan Abang akan memegang tangan Siti, membimbing menelusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu.” “Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana, Abang tidak sanggup melihat air matamu mengalir menangisi kematian Abang.” “Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada Abang mencintai Siti.” “Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki, mata Abang tidak cukup bagi Siti. Abang tidak akan menahan diri Siti mencari tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti.” Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tintanya menjadi kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi.

“Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan Abang. Jika Siti puas hati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti.” “Tetapi, jika Siti tidak puas hati, sayangku…biarkan Abang masuk untuk mengemaskan barang-barang Abang, dan Abang tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah, bahagia Abang bila Siti bahagia.”

Saya terpegun. Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu saya segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan saya. Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari dia mencintai saya.

Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam ‘kewujudan’ yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam ‘kewujudan’ yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini.

Mari kita sama-sama ambil ikhtibar dari cerita ini..:)

Jumaat, 8 Oktober 2010

MEMANG NAK JADI CERITA vol. 4

Salam.

Sudah sekian lama aku tidak merasa nikmat dalam membeli sebuah buku atau majalah atau bahan-bahan bacaan yang lain. Tetapi, baru-baru ini aku telah merasa nikmat tersebut.

Apa yang aku maksudkan dengan nikmat ini?

Nikmat yang aku maksudkan ini ialah nikmat memperoleh ilmu yang sangat memberi kesan kepada rutin harianku dalam menjalani kehidupan seharian. Dua atau tiga hari yang lepas, aku telah membeli sebuah majalah yang sangat menarik perhatianku. Dan setelah membacanya dalam dua tiga hari selepasnya, aku memperoleh banyak input yang berfaedah tetapi input yang paling berkesan sekali yang aku dapati daripada bacaanku ialah...

Sebaris doa..

' Ya Allah, ampunilah aku, berilah hidayah kepadaku, kurniakanlah aku dengan rezeki, beri afiat kepadaku, aku mohon perlindungan-Mu daripada kesempitan tempat berdiri pada hari akhirat kelak. '

Selamat beramal!
:)