Selasa, 14 April 2009

ARSENE WENGER - JURULATIH SEJATI

Salam sume..
aq pasti sume sudah mengenali arsene wenger - manager/coach team arsenal sekarang. bagi aq, bliau merupakan seorang jurulatih yang `the pure one`, seorang jurulatih sejati. mengapa aq berpendapat sedemikian?

bagi aq, bliau telah berjaya menjalankan kerjanya selaku jurulatih dengan cemerlang di arsenal. aq pasti sume telah mengenali thierry henry, patrick veira, marc overmass, francesc fabregas, tony adams. sume name tersebut adalah insan2 bola sepak epl yang telah menjadi bintang dalam epl suatu masa dahulu dan ada yang masih bermain kini. bintang mereka berjaya dikesan oleh wenger lalu diserap dalam team arsenal untuk digilap dengan lebih murni. sebagai contoh - thierry henry yang bermain untuk pasukan barcelona di liga sepanyol sekarang. pada tahun 1999 di juventus, beliau hanyalah seorang winger muda yang kurang menyerlah diposisi tersebut. tetapi, setelah berhijrah ke arsenal dibawah kendalian arsene wenger, beliau berjaya menjadi seorang penyerang yang tersohor di england. ditambah beliau pernah memenangi anugerah penjaring terbanyak liga sebanyak 2 kali. selain itu bliau juga telah memenangi piala dunia dan kejohanan eropah bersama perancis. kejayaan henry ini pasti menggembirakan arsene wenger secara peribadinya.
selain itu, kedatangan arsene wenger ke arsenal pada 1998 telah berjaya mengubah corak permainan arsenal daripada boring kepada corak yang lebih menghiburkan. strategi hantaran dekat dan pantas menghiburkan penonton yang datang ke stadium.
legasi wenger masih berterusan sekarang. pemain pemain muda seperti kieran gibbs, denilson, aaron ramsey, carlos vela dan lain2 pasti bertuah kerana dapat berada dibawah kendalian arsene wenger.
mereka ialah bintang yang sedang digilap. bintang yang akan menyinar suatu hari nanti.

terima kasih wenger kerana jasamu kepada sukan bola sepak!

Tiada ulasan: