Khamis, 16 April 2009

ARSENAL 3 - 0 VILLARREAL

Salam sume.
Aq rase puas apabila team faveret aq di uefa champions league - Arsenal berjaya melangkah ke separuh akhir kejohanan setelah menewaskan team Villarreal dari Sepanyol 3 - 0 dengan jumlah agregatnya 4 - 1. Jaringan gol masing-masing daripada Theo Walcott, Emmanuel Adebayor dan Robin Van Persie meranapkan harapan Villarreal untuk melangkah ke separuh akhir kejohanan buat kali pertama dalam sejarah kelab tersebut. Jika dilihat secara keseluruhan perlawanan semalam, Arsenal lebih banyak menguasai perlawanan. Strategi hantaran dekat dan pantas dan hantaran jauh sekali sekala daripada perancang merangkap kapten pasukan - Cesc Fabregas memang berjaya mengucar-ngacirkan benteng pertahanan Villarreal. Gol pertama membuktikan betapa bijaknya Fabregas apabila dengan mudah menghasilkan peluang untuk Theo Walcott menjaringkan gol pertama perlawanan. Pemain rajin sepanjang perlawanan semalam - Robin Van Persie juga berjaya menghasilkan peluang untuk Emmanuel Adebayor menjaringkan gol kedua perlawanan disamping beliau sendiri turut mencatatkan dirinya sebagai penjaring gol ketiga perlawanan melalui sepakan penalti. Satu assist dan satu gol oleh Van Persie semalam juga telah berjaya menobatkan beliau sebagai Pemain Terbaik Perlawanan semalam.
Secara peribadinya, aq begitu gembira melihat kegembiraan Arsene Wenger ditepi padang apabila anak-anak buahnya menjaringkan gol. Ini kerana sudah lama aq tidak melihat wajah kegembiraan seperti itu sebelum ini. Mungkin perlawanan semalam merupakan perlawanan yang paling menggembirakan buat beliau. Tahniah buat Wenger kerana berjaya membentuk sebuah pasukan muda yang tersenarai sebagai 4 pasukan terbaik Eropah tahun ini. Pada pendapat aq, pencapaian ini adalah satu kejayaan bagi sebuah pasukan muda dan layak ke perlawanan akhir jika berlaku adalah satu bonus kepada skuad muda Wenger ini.
Pertembungan menentang Manchester United pada separuh akhir nanti pasti menggamit kejutan dan debaran buat kedua-dua penyokong pasukan.
Sama-sama kita saksikan nanti!

olla The Gunners!

Tiada ulasan: