Khamis, 30 April 2009

UEFA CHAMPIONS LEAGUE - MAN UNITED 1 - 0 ARSENAL



Salam sume.
Pertembungan pertama dalam sejarah melibatkan Manchester United dan Arsenal dipentas Eropah lebih memihak kepada skuad dari Manchester itu pagi tadi. Mereka berjaya mendahului 1-0 sebelum perlawanan timbal balik kedua di Stadium Emirates minggu hadapan.
Perlawanan yang seimbang ditunjukkan oleh kedua-dua pasukan memang menarik untuk disaksikan. 20 minit pertama jelas milik penguasaan pasukan tuan rumah dan hasilnya mereka berjaya menjaringkan satu-satunya gol perlawanan melalui John Oshea pada minit ke-17. Gol yang berpunca daripada sepakan sudut menunjukkan kelemahan benteng pertahanan Arsenal dalam 20 minit pertama perlawanan. Kombinasi Bacary Sagna, Kolo Toure, Michael Silvestre dan Kieran Gibbs agak longgar dalam tempoh tersebut. Tuah memihak kepada Arsenal dek kerana kecemerlangan Manuel Almunia menyelamatkan beberapa percubaan bahaya dari barisan serangan Red Devils selain percubaan bahaya Cristiano Ronaldo yang mengenai palang gol.
Dalam mengulas kekalahan tersebut, Arsene Wenger masih menaruh keyakinan yang tinggi bahawa Arsenal layak untuk beraksi di final di Rome 21 Mei depan. Selain itu, Wenger yakin skuad Arsenal mampu untuk mengubah keputusan pada saingan kedua pada minggu depan walaupun barisan serangan Arsenal tidak bermain cemerlang pagi tadi. Secara keseluruhannya, Arsenal hanya berjaya menguji Edwin Van Der Sar sebanyak dua kali melalui percubaan Francesc Fabregas dan Emmanuel Adebayor. Kemasukan Nicklas Bendtner merancakkan peluang gol tetapi nasib tidak menyebelahi Arsenal untuk menyamakan kedudukan jaringan.
Masih ada peluang untuk Arsenal mara ke perlawanan akhir dengan kemenangan di Emirates minggu depan sambil mengekang asakan Man Uni daripada menjaringkan gol.

ARSENAL VS MANCHESTER UNITED
Emirates Stadium
Mei 5, 2009

Olla da Gunners!

Tiada ulasan: