Salam sume.
Aku berkesempatan tengok berita jam 8 malam semalam dan hari ini. Terkejut aku apabila mendengar penularan sejenis wabak yang popular sekarang ini iaitu wabak selesema babi atau H1N1. Wabak yang berpunca dari negara Mexico sudah mula merebak ke seluruh dunia dengan angka kematian, angka kes yang disahkan dan kes yang disyaki semakin meningkat. Berdasarkan laporan berita tersebut, wabak ini sudah melanda Mexico, USA, Canada, Sepanyol, UK dan yang terbaru sudah ada kes yang disyaki di Asia Barat. Pihak berkuasa berkaitan kesihatan di negara-negara terlibat sudah mengambil langkah drastik bagi mencegah wabak itu dari terus menular.
WHO juga telah mengisytiharkan wabak ini telah memasuki fasa keempat dan pihaknya sekarang menumpukan kepada usaha pemulihan berbanding usaha pencegahan kerana penularannya sudah melibatkan darjah yang sukar dibendung.
Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia juga dilihat giat melakukan usaha penerangan kepada orang ramai berkaitan wabak tersebut disamping bekerjasama dengan pihak berkuasa imigresen dalam proses penyaringan di lapangan-lapangan terbang utama.
Bagi aku, inilah yang dikatakan dunia akhir zaman. Zaman dimana berlakunya kejadian yang tidak disangka-sangka. Zaman di mana berlakunya penularan wabak penyakit yang tiada ubatnya. Inilah tandanya. Tanda dimana kita sebagai umat manusia harus sedar dimana kita berada, sedar akan tindak tanduk yang telah dilakukan dan sedar akan akibat baik dan buruk dengan perbuatan yang telah dilakukan selama ini.
Sama-sama kita renungi musibah dunia ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan