Salam sume.
Arini aq menyambut kepulangan semula rakanku - Muqsith yang sudah 4 minggu tidak balik ke hostel dek kerna kecelakaan jalanraya. Jauh di sudut hatiku, aq rasa bersyukur kerana masih diberi peluang untuk melihatnya berjalan, senyum bersalaman dengan rakan-rakannya yang lain. Aq turut mengambil peluang untuk bersalaman dengannya. Aq merasa Muqsith juga begitu gembira kerana dapat bertemu semula dengan rakan-rakan seperjuangan disini terutama roomate kesayangannya - Peja. Aq juga merasa terharu dek kepiluan yang jelas tergambar pada wajah roomateku sendiri - Pendang. Mungkin kepiluan yang tergambar itu menjelaskan betapa rapatnya beliau dengan Muqsith suatu ketika dahulu. Mungkin kepiluan dan kesedihan beliau akan terus menemaninya kerana Muqsith akan terus meninggalkan hostel ini untuk membina kehidupan baru ditempat baru selepas ini. Sebagai roomate, aq memahami perasaan Pendang itu. Berpisah dengan sahabat rapat sukar untuk kita lupakan. Aq berharap beliau dapat bersabar dan tabah menghadapi kesedihan dan kepiluan itu. Ingatlah, kenangan dan memori bersama dapat mengubati rasa kesedihan dan kepiluan itu.
Tuntasnya, kita sebagai manusia yang normal tanpa gangguan kecederaan seharusnya bersyukur dan bermuhasabah diri dalam meneruskan kehidupan yang penuh dengan rona-rona cabaran.
Selamat pulang rakanku - Muqsith. Moga kamu sembuh sihat seperti sedia kala. Amin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan