Selasa, 28 April 2009
ARSENAL 2 - 0 BORO
Salam sume.
Satu lagi kemenangan bagi Arsenal di Emirates. Kemenangan 2 - 0 ke atas Boro hasil jaringan playmaker merangkap kapten - Cesc Fabregas melanjutkan lagi rentetan kemenangan skuad Gunners kepada 20 kemenangan tanpa kalah. Kemenangan itu juga mengekalkan rekod tanpa bolos di Emirates sejak Disember 21, 2008.
Kemenangan yang bakal melonjakkan keyakinan skuad untuk berjuang di Old Trafford awal pagi Khamis nanti. Dalam game menentang Boro yang turut disaksikan musuh tradisi Sir Alex Ferguson ini, Wenger kembali menyenaraikan Manuel Almunia dan Johann Djourou, satu langkah bijak bagi memberi `warm-up game` kepada kedua-dua pemain untuk perlawanan penting di Old Trafford nanti. Wenger juga dilihat merehatkan Bacary Sagna dan Alex Song serta Emmanuel Adebayor yang hanya masuk sebagai pemain gantian pada minit ke-68. Keserasian antara Andrei Arshavin dan Fabregas jelas memberikan impak kepada aksi skuad Arsenal dalam perlawanan ini. Kedua-dua gol hasil jaringan Fabregas menampakkan gandingan kedua-dua pemain bijak ini dalam merencanakan peluang kepada rakan sepasukan.
Diharap aksi baik ini dapat diteruskan di Old Trafford awal pagi Khamis ini.
WATCH OUT MAN UNI!!!!
OLLA DA GUNNERS!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan