Jumaat, 15 Januari 2010

ANA TERTENGOK DA SERIES vol 15.1

OBJEK MISTERI HENTAM BUMI!!!

SYDNEY – Beberapa saintis kehilangan punca untuk mengenal pasti satu objek misteri yang bergerak amat laju semasa melintasi bumi kelmarin, lapor sebuah akhbar semalam.

Objek yang dinamakan 2010 AL30 itu cuma bersaiz antara 10 meter hingga 15 meter dan ia dipercayai tidak menyebabkan kemusnahan besar semasa menghentam bumi.

Ia turut dilihat oleh beberapa ahli astronomi di Amerika Syarikat (AS).

Dua saintis Itali, Ernesto Guido dan Giovanni Sostero berkata, objek tersebut mungkin sampah angkasa.

Ruang angkasa sekitar bumi dicemari berbilion-bilion sampah angkasa pelbagai saiz termasuk serpihan roket dan satelit sejak bekas Kesatuan Soviet melancarkan roket Sputnik One 53 tahun lalu.

Namun, seorang saintis Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) menyatakan objek itu mungkin sebutir tahi bintang kecil berdasarkan laluan yang lebih hampir dengan planet Marikh dan Zuhal. – Agensi

kredit : kosmo.com.my

http://berita-harian-online.com/objek-misteri-hentam-bumi/



Tiada ulasan: