Jumaat, 8 Oktober 2010

MEMANG NAK JADI CERITA vol. 4

Salam.

Sudah sekian lama aku tidak merasa nikmat dalam membeli sebuah buku atau majalah atau bahan-bahan bacaan yang lain. Tetapi, baru-baru ini aku telah merasa nikmat tersebut.

Apa yang aku maksudkan dengan nikmat ini?

Nikmat yang aku maksudkan ini ialah nikmat memperoleh ilmu yang sangat memberi kesan kepada rutin harianku dalam menjalani kehidupan seharian. Dua atau tiga hari yang lepas, aku telah membeli sebuah majalah yang sangat menarik perhatianku. Dan setelah membacanya dalam dua tiga hari selepasnya, aku memperoleh banyak input yang berfaedah tetapi input yang paling berkesan sekali yang aku dapati daripada bacaanku ialah...

Sebaris doa..

' Ya Allah, ampunilah aku, berilah hidayah kepadaku, kurniakanlah aku dengan rezeki, beri afiat kepadaku, aku mohon perlindungan-Mu daripada kesempitan tempat berdiri pada hari akhirat kelak. '

Selamat beramal!
:)

Tiada ulasan: