Ahad, 9 Ogos 2009

EPL - NEW SEASON 2009/2010


Salam.
EPL telah kembali!!
EPL,satu-satunya siaran sukan yang paling menarik perhatian seluruh rakyat Malaysia telah kembali bersiaran. Malam ini, pertembungan antara Manchester United dan Chelsea akan membuka tirai saingan liga paling popular didunia itu.
Dengan keghairahan pemilik Man City membeli belah di pasaran pemain dan kehilangan Cristiano Ronaldo ke La Liga Sepanyol, saingan dilihat lebih terbuka.
Secara peribadinya, The Big 4 akan terus diisi oleh pasukan-pasukan regular sejak sekian lama iaitu Man U, Liverpool, Chelsea dan Arsenal. Tetapi, kemampuan pasukan yang berbelanja besar-Manchester City tidak boleh dipandang sepi. Kehadiran pemain-pemain yang berkualiti dan berprofil tinggi ke pasukan tersebut seperti Emmanuel Adebayor, Carlos Tevez, Gareth Barry dan Roque Santa Cruz bakal menambahbaik saingan pasukan kepada kumpulan Big 4.
Tidak lupa juga kepada pasukan-pasukan seperti Everton dan Aston Villa. kemampuan kedua-dua pasukan ini pada musim lepas dalam mencabar kedudukan Big 4 tidak boleh dipandang rendah. Gabungan kualiti dan kepintaran taktikal coach manjadi senjata utama kedua-dua pasukan ini.
Selamat datang juga diucapkan kepada Burnley dan selamat kembali buat Wolves dan Birmingham City! Diharap ketiga-tiga pasukan ini bakal memberi saingan yang lebih bermakna dalam kancah liga utama musim ini.
Selamat berjuang buat semua pasukan!!!

Tiada ulasan: