Khamis, 30 April 2009
UEFA CHAMPIONS LEAGUE - MAN UNITED 1 - 0 ARSENAL

Salam sume.
Pertembungan pertama dalam sejarah melibatkan Manchester United dan Arsenal dipentas Eropah lebih memihak kepada skuad dari Manchester itu pagi tadi. Mereka berjaya mendahului 1-0 sebelum perlawanan timbal balik kedua di Stadium Emirates minggu hadapan.
Perlawanan yang seimbang ditunjukkan oleh kedua-dua pasukan memang menarik untuk disaksikan. 20 minit pertama jelas milik penguasaan pasukan tuan rumah dan hasilnya mereka berjaya menjaringkan satu-satunya gol perlawanan melalui John Oshea pada minit ke-17. Gol yang berpunca daripada sepakan sudut menunjukkan kelemahan benteng pertahanan Arsenal dalam 20 minit pertama perlawanan. Kombinasi Bacary Sagna, Kolo Toure, Michael Silvestre dan Kieran Gibbs agak longgar dalam tempoh tersebut. Tuah memihak kepada Arsenal dek kerana kecemerlangan Manuel Almunia menyelamatkan beberapa percubaan bahaya dari barisan serangan Red Devils selain percubaan bahaya Cristiano Ronaldo yang mengenai palang gol.
Dalam mengulas kekalahan tersebut, Arsene Wenger masih menaruh keyakinan yang tinggi bahawa Arsenal layak untuk beraksi di final di Rome 21 Mei depan. Selain itu, Wenger yakin skuad Arsenal mampu untuk mengubah keputusan pada saingan kedua pada minggu depan walaupun barisan serangan Arsenal tidak bermain cemerlang pagi tadi. Secara keseluruhannya, Arsenal hanya berjaya menguji Edwin Van Der Sar sebanyak dua kali melalui percubaan Francesc Fabregas dan Emmanuel Adebayor. Kemasukan Nicklas Bendtner merancakkan peluang gol tetapi nasib tidak menyebelahi Arsenal untuk menyamakan kedudukan jaringan.
Masih ada peluang untuk Arsenal mara ke perlawanan akhir dengan kemenangan di Emirates minggu depan sambil mengekang asakan Man Uni daripada menjaringkan gol.
ARSENAL VS MANCHESTER UNITED
Emirates Stadium
Mei 5, 2009
Olla da Gunners!
Rabu, 29 April 2009
HEPY BESDAY AYAH!
Selamat hari lahir ke-51 kepada ayahandaku.
Moga terus di panjangkan umur dan dimurahkan rezeki olehNya.
Selasa, 28 April 2009
SELESEMA BABI MENYERANG DUNIA
Salam sume.
Aku berkesempatan tengok berita jam 8 malam semalam dan hari ini. Terkejut aku apabila mendengar penularan sejenis wabak yang popular sekarang ini iaitu wabak selesema babi atau H1N1. Wabak yang berpunca dari negara Mexico sudah mula merebak ke seluruh dunia dengan angka kematian, angka kes yang disahkan dan kes yang disyaki semakin meningkat. Berdasarkan laporan berita tersebut, wabak ini sudah melanda Mexico, USA, Canada, Sepanyol, UK dan yang terbaru sudah ada kes yang disyaki di Asia Barat. Pihak berkuasa berkaitan kesihatan di negara-negara terlibat sudah mengambil langkah drastik bagi mencegah wabak itu dari terus menular.
WHO juga telah mengisytiharkan wabak ini telah memasuki fasa keempat dan pihaknya sekarang menumpukan kepada usaha pemulihan berbanding usaha pencegahan kerana penularannya sudah melibatkan darjah yang sukar dibendung.
Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia juga dilihat giat melakukan usaha penerangan kepada orang ramai berkaitan wabak tersebut disamping bekerjasama dengan pihak berkuasa imigresen dalam proses penyaringan di lapangan-lapangan terbang utama.
Bagi aku, inilah yang dikatakan dunia akhir zaman. Zaman dimana berlakunya kejadian yang tidak disangka-sangka. Zaman di mana berlakunya penularan wabak penyakit yang tiada ubatnya. Inilah tandanya. Tanda dimana kita sebagai umat manusia harus sedar dimana kita berada, sedar akan tindak tanduk yang telah dilakukan dan sedar akan akibat baik dan buruk dengan perbuatan yang telah dilakukan selama ini.
Sama-sama kita renungi musibah dunia ini.

AKU SUDAH SEMBUH...ALHAMDULILLAH

Salam sume.
Alhamdulillah,aq telah disahkan sembuh sepenuhnya oleh doktor dari jangkitan virus mata. Lega rasanya selepas 5 hari menguarantinkan diri sendiri daripada bergaul mesra dengan rakan-rakan taulan.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada doktor yang merawatku - Dr. Hafizah. Terima kasih tidak terhingga juga kepada roomate kesayanganku - Pendang. Penghargaan juga kepada rakan-rakan lain yang tidak jemu memberi sokongan dan dorongan. Jasa kalian akan kukenang sampai bila-bila. Tidak lupa kepada rakan-rakan `chat` ku yang menemaniku selama 5 hari terkurung dalam bilik. Tidak lupa juga kepada mak ayahku di rumah. Pantang larang yang diberikan amat berguna kepadaku dalam menghadapi dugaan ini.
Terima kasih sume!
Olla da Gunners!
Langgan:
Catatan (Atom)